Proton jual 5,676 kenderaan pada Mei, masih dalam landasan capai sasaran angka jualan 2020

1707

Ketika syarikat-syarikat automotif kembali memulakan operasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), industri automotif di Malaysia telah mengambil langkah-langkah sementara untuk kembali pulih pada bulan Mei.

Untuk Mei 2020, syarikat automotif nasional itu telah menjual sebanyak 5,676 unit kereta, dengan pegangan pasaran dianggarkan sebanyak 23.3 peratus.



Bagi bulan sama pada tahun 2019, jualan syarikat itu telah dicatatkan sebanyak 10,611 unit iaitu menunjukkan perbezaan sebanyak 46.5 peratus sekaligus menggambarkan keadaan pasaran yang mencabar akibat penularan wabak Covid-19.

Meneruskan aliran positif sepanjang tahun 2020 dengan menjual sebanyak 5,676 unit pada bulan Mei, jualan Proton meningkat 73.2 peratus berbanding Mac 2020 meskipun mereka perlu mematuhi piawaian prosedur operasi sepanjang PKPB.

Jumlah jualan Proton yang dicatatkan dari awal tahun sehingga kini berkurangan sebanyak 23.3 peratus untuk lima bulan pertama tahun ini.

Bagi Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) pula dianggar turut menyusut sebanyak 48.7 peratus bagi tempoh sama.

Dari segi kedudukan pasaran dan pegangan pasaran pula, Proton kekal sebagai jenama kedua terlaris di Malaysia dengan jumlah pegangan pasaran setakat ini pada 21.1 peratus, iaitu masih selari dengan sasaran yang ditetapkan untuk tahun ini.

Prestasi jualan Proton pada bulan Mei adalah disebabkan empat modelnya yang mencatatkan jualan tertinggi dalam segmen pasaran masing-masing.

Proton X70 kekal menjadi SUV segmen-C terlaris di negara ini dan jumlah kumulatifnya pada tahun ini juga menunjukkan SUV itu adalah yang terlaris secara keseluruhan.

Dikeluarkan melalui kilang baharu di Tanjung Malim, model tersebut telah dinaiktaraf pada Mei lalu dengan penambahan penapis kabin N95 iaitu Sistem Pembersih Udara Pintar PROTON (P-IAPS).

Penapis baharu tersebut turut ditawarkan kepada pemilik sedia ada Proton X70 untuk menggantikan sistem penapis kenderaan mereka.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here