PKPB: Proton buka semula semua pusat jualan dan servis

1885

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan, Proton kembali membuka semula semua pusat jualan dan servis serta pejabat korporat secara berperingkat.

pusat jualan dan servis Proton

Dengan lebih daripada 9,000 kakitangan, Proton telah memperkenalkan beberapa langkah pencegahan untuk membendung penyebaran virus Covid-19 dalam kalangan kakitangan.



Langkah-langkah yang diambil tersebut bertujuan untuk menjamin keselamatan pelanggan Proton. Hal ini penting kerana setelah hampir dua bulan tidak beroperasi, Proton menjangka akan menerima sejumlah besar pelanggan yang ingin melakukan servis pada kereta mereka.

Oleh itu, satu prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pusat jualan dan servis Proton akan digunapakai selagi pandemik tersebut tidak dibendung sepenuhnya.

Antara langkah baharu yang dilaksanakan oleh Proton di setiap pusat servis termasuklah:

1. Pelanggan perlu melakukan temu janji dan hadir ke pusat servis 20 minit lebih awal setelah waktu temu janji mereka disahkan. Syarikat tidak menerima pelanggan yang tidak membuat sebarang temu janji.

2. Tanda jarak sosial telah diletakkan di setiap kaunter pendaftaran, meja penasihat servis, kaunter pembayaran serta tempat menunggu pelanggan.

3. Semua pelanggan akan diminta untuk menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis dan perlu mengisi borang pengisytiharan kesihatan.

4. Pembersih tangan akan disediakan di kaunter pendaftaran serta poster keselamatan juga telah ditampal di semua pusat servis.

5. Setiap kereta pelanggan akan disanitasi setelah diservis dan sebelum diserahkan kembali kepada pemiliknya.

Selain itu, Proton turut mengehadkan jumlah temu janji yang diterima setiap hari bagi mengelakkan jumlah pelanggan yang ramai dalam satu-satu masa.

Pelanggan yang ingin membuat janji temu boleh menghubungi pusat servis Proton terdekat atau melalui talian khidmat pelanggan di 1-800-88-8398.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here