Mitsubishi Test Drive 2U akan hantar kenderaan ke rumah anda

1571

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, telah melancarkan perkhidmatan Test Drive 2U secara dalam talian.

Test Drive 2U Mitsubishi

Perkhidmatan ini membolehkan para pelanggan memandu uji kenderaan Mitsubishi dari rumah mereka.



Mereka juga telah mengumumkan semua bilik pameran dan pusat perkhidmatan mereka yang sah kini kembali beroperasi semula.

Sekiranya berminat dengan perkhidmatan ini, anda boleh mendaftar melalui https://www.mitsubishi-motors.com.my/testdrive2u/ dan mengikuti langkah mudah berikut: 

  1. Semak imbas varian Mitsubishi dan tekan butang Test Drive 2U.
  2. Masukkan lokasi pandu uji yang ingin dilakukan,
  3. Pilih pengedar yang berdekatan serta model yang ingin dipandu uji.
  4. Isi borang ringkas tentang identiti diri anda tentukan tarikh dan masa untuk pandu uji.
  5. Pilih cara komunikasi untuk berunding dengan ejen jualan Mitsubishi, samada melalui whatsapp atau panggilan telefon.

Test Drive 2U Mitsubishi

Pelanggan yang menempah pandu uji menggunakan Test Drive 2U, akan melalui protokol yang telah ditetapkan iaitu:

  •  Kunci dan kenderaan akan dibersihkan sebelum dan selepas proses pandu uji.
  •  Perunding penjualan akan menggunakan pembersih tangan dan topeng muka,  sementara pelanggan sangat digalakkan untuk melakukan perkara yang sama.
  • Pandu uji terhad kepada satu pelanggan pada satu masa.
  • Perunding penjualan akan duduk di tempat duduk belakang.

Untuk memeriahkan lagi perkhidmatan Test Drive 2U dalam talian , MMM telah menyertakan promosi Raya yang menarik untuk semua model Mitsubishi.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari http://www.mitsubishi-motors.com.my/.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here