Bridgestone Potenza Adrenalin RE004 untuk prestasi dan respon pemanduan

4071

Bridgestone Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd telah melancarkan secara rasmi model terbaharu dalam siri Potenza Adrenalin, iaitu RE004.

Menggantikan RE003, tayar baharu jenis sports jalanan ini menjanjikan kepuasan memandu, pengendalian maksima, serta respon di permukaan basah dan kering. Potenza Adrenalin RE004 ini direka khusus untuk anda kaki track day dan touge!



Bridgestone RE004 menampilkan kombinasi kekerasan struktur tayar dan mempunyai respon cepat untuk kawalan serta kestabilan semasa membrek dan membelok. Rekaan bunga yang agresif dan dinamik juga memberikan rupa sporti.

Selain itu, dengan teknologi dan inovasi kompaun terkini dari Bridgestone, Potenza Adrenalin RE004 ini lebih lebar untuk memaksimakan sentuhan dengan permukaan jalan. Kompaun silika inovatif pula memberi lebih prestasi tetapi mengurangkan rintangan golekan untuk penjimatan bahan api.

Potenza Adrenalin RE004 ini juga mematuhi piawaian ECE R117-02 untuk bunyi, rintangan golekan dan prestasi permukaan basah.

Tayar sports terbaharu ini boleh didapati dalam saiz 15 hingga 17 inci dari pengedar sah Bridgestone seluruh negara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here