10 jam bersihkan jalan kerana demonstrasi George Floyd, seorang remaja dihadiahkan sebuah Mustang Convertible

5563

Antonio Gwynn Jr., seorang pelajar sekolah menengah yang berusia 18 tahun tidak pernah menyangka dia akan mendapat hadiah berupa sebuah Mustang Convertible dan biasiswa pembelajaran.

Hadiah ini diperolehinya setelah membersihkan jalan setelah satu kumpulan melakukan protes kematian George Floyd di Buffalo, New York.

Antonio Gwynn Jr

Dia memulakan kerja pembersihan seawal pukul 2 pagi dan tidak berhenti membersih jalan tersebut untuk 10 jam berikutnya. Penduduk sekitar jalan tersebut yang berkumpul untuk membersihkan jalan pada keesokan harinya terkejut setelah mendapati Gwynn telah melakukan semua kerja-kerja tersebut.



Menurut sumber, seorang lelaki yang dikenali sebagai Matt Block mengetahui tentang kejadian tersebut dan membuat keputusan untuk menghadiahkan Gwynn sebuah Mustang Convertible keluaran tahun 2004. 

Menurut Block, kereta tersebut merupakan kereta impiannya sejak kecil, tetapi kini sangat jarang digunakan. Melalui facebook, dia mendapati Gwynn meminta nasihat untuk membeli sebuah kereta, lalu dia membuat keputusan untuk menghadiahkan kereta sport miliknya kepada Gwynn.

Rupa-rupanya, hadiah itu lebih bermakna bagi Gwynn. Ini kerana, ibunya yang meninggal dunia pada tahun 2018 juga memiliki sebuah Mustang bewarna merah.

 Mustang Convertible

Selain itu, setelah mengetahui hadiah yang diberi oleh Block, seorang ahli perniagaan tempatan, Bob Briceland membuat keputusan untuk melanjutkan perlindungan insurans kereta tersebut selama satu tahun dengan percuma melalui agensi insuransnya.

Menurut Gwynn, selepas habis sekolah menengah, dia ingin melanjutkan pembelajaran ke sekolah perdagangan sambil menabung untuk pergi ke kuliah.

Mendengar berita tersebut, Medaille College di Buffalo akan memberikan Gwynn biasiswa penuh di mana dia merancang untuk melanjutkan pelajaran selepas musim luruh pada tahun ini. 

Gwynn berterima kasih keatas semua pihak yang memberi hadiah kepadanya dan berkata, “Saya menghargai semua perkara yang dilakukan oleh semua orang untuk saya.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here