Gara-gara sorok wang celah enjin tak nak isteri tahu, lelaki ini berputih mata duit digigit tikus

2601

Ssebuah akaun TikTok @dyfo6zku7dh6, berkongsi kisah tentang seorang lelaki yang berputih mata apabila wang simpanan Baht 45,000 Baht (RM5,617) yang disorok dalam kereta miliknya carik digigit tikus.

Difahamkan, lelaki tersebut menyembunyikan wang berkenaan daripada isterinya. Lebih malang, haiwan perosak tersebut juga menyebabkan kerosakan pada kenderaan lelaki itu.



Video itu menunjukkan lelaki tersebut menyimpan duit di celahan ruangan kosong cermin dan enjin. Selepas diperiksa, sebahagian besar wang itu digigit tikus. Menerusi ruangan komen ada mencadangkan supaya lelaki itu menukar wang tersebut di Bank of Thailand.

Untuk suami yang diluar sana dinasihatkan, jangan kedekut berkongsi rezeki dengan isteri malah rezeki makin bertambah.

@dyfo6zku7dh6

@keng23102540 ต่อๆจากตอนที่แล้ว

♬ เสียงต้นฉบับ – ไหมสายลุยผัวเจ๊เจี๊ยบ – ไหมสายลุยผัวเจ๊เจี๊ยบ

BACA>>Lagi kes tikus gigit wayar Tesla, pemilik ini perlu keluarkan kos baik pulih RM21k

BACA>>[Video] Kereta di bandar ini tidak pernah mati enjin selama musim sejuk, tak mahu kereta dan minyak beku

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here