Rekod memandu baik 62 tahun, wanita ini terima insurans percuma seumur hidup!

1178

Seorang wanita berusia 93 tahun iaitu Puan Silvana menerima perlindungan insurans kenderaan percuma untuk seumur hidup kerana memandu dengan baik tanpa sebarang kemalangan dan tidak pernah membuat sebarang tuntutan insurans.

gambar hiasan

Puan Silvana yang merupakan warganegara Itali dikatakan telah menjadi pelanggan tetap untuk syarikat insurans Cattolica Assicurazioni semenjak tahun 1959, dan beliau merupakan antara pelanggan yang bebas masalah sepanjang 62 tahun memandu.

Ini bermakana, tidak kira kereta yang beliau miliki sebelum ini, atau Fiat 600 yang dipandu pada ketika ini tidak pernah rosak dan mengalami masalah, dan beliau bahkan tidak pernah terlibat dalam sebarang kemalangan.



insurans kenderaan percuma

Hal ini merupakan suatu pencapaian besar di Itali, kerana negara tersebut pernah disifatkan sebagai negara paling berbahaya untuk memandu disebabkan keadaan jalan raya yang teruk dan perangai segelintir pemandu yang gemar memandu laju.

Sebagai ganjaran, syarikat insurans itu menawarkan Puan Silvana insurans kenderaan komprehensif seumur hidup, tidak kira apa yang berlaku selepas ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here