Tiada lagi tambang bas Smart Selangor percuma untuk warga asing bermula 15 Mac

1812

Tiada lagi tambang percuma untuk warga asing yang menggunakan perkhidmatan bas Smart Selangor bermula 15 Mac ini.

bas smart selangor warga asing

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han, tambang sebanyak 90 sen yang dikenakan bukan satu diskriminasi tetapi bagi menampung sebahagian kos pengurusan bas tersebut.



Katanya, kerajaan negeri menanggung kos pengurusan bas Smart Selangor kira-kira RM50 juta bagi 136 buah melibatkan 43 laluan.

“Namun, bagi warganegara masih kekal iaitu tiada tambang akan dikenakan sejak perkhidmatan bas itu bermula pada 2015,” kata Ng Sze Han.

“Kita mengutamakan warganegara tempatan yang merupakan pembayar cukai dan sebab itu mengekalkan tiada tambang dikenakan kepada mereka,” tambahnya.

bas smart selangor warga asing

Sementara itu menurut Pengarah Urusan SSDU Innovation Sdn.Bhd., Dr.Fahmi Ngah, penumpang perlu memuat turun aplikasi Citizen E-Payment (CEPat) di dalam telefon pintar untuk menggunakan khidmat bas Smart Selangor.

“Bagi bukan warganegara mereka perlu mempunyai nilai kredit yang cukup di dalam aplikasi CEPat untuk membuat bayaran tambang bas Smart Selangor.

“Manakala, bagi warganegara pula, mereka perlu mengimbas kod QR untuk mendapatkan pengesahan identiti sebelum menaiki bas tanpa sebarang bayaran,” jelasnya. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here