Beli Proton X50 dengan RM1 je, bertuah betul!

2594

Tuah ternyata menyebelahi seorang lelaki apabila berjaya membeli SUV terbaharu Proton, X50 dengan harga RM1 menerusi Jualan Hebat 11.11 di platform e-dagang, Shopee.

Menerusi perkongsian oleh M Riduan di Group Facebook Proton X50 Community Malaysia (PX50CM), dia bersyukur telah terpilih sebagai pembeli bertuah pada November tahun lalu sebelum berjaya menebusnya pada Sabtu lepas (27 Februari).



Pihak Shopee pada asalnya difahamkan ingin memberikan SUV tersebut dengan warna oren atau jingga tetapi menukar kepada warna merah berikutan proses menunggu yang akan mengambil masa lebih lama.

Proton X50 rm1

“Alhamdulillah dengan hasil pembelian dengan hanya RM1, akhirnya kereta ini jadi milik saya. Pertandingan dari pihak Shopee, #shopeeoneornot. Tarikh menang hadiah tahun lepas bulan 11, hari ini baru dapat tuntut. Mungkin ada kekangan dari pihak Proton,” kata M Riduan.

“Asalnya pihak Shopee nak berikan warna oren, tapi disebabkan jika warna oren diambil, proses penuntutan akan lagi lama, jadinya pihak Shopee ambil mana yang tersedia, merah juga menyala,” tambahnya.

Proton X50 rm1

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen dengan mengucapkan tahniah dan menyifatkan M Riduan sebagai seorang yang sangat bertuah.

Tidak kurang juga yang terkejut dengan pembelian tersebut kerana menyangka bahawa Proton X50 dengan harga RM1 yang dijual di Shopee adalah sekadar ‘scam’ atau ‘gurauan’ semata-mata.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here