Utama Berita Automotif Kenderaan tidak berdaftar, JPJ sita Proton X50

Kenderaan tidak berdaftar, JPJ sita Proton X50

44
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Seri Manjung, Perak menyita sebuah Proton X50 selepas didapati menggunakan Lesen Kenderaan Perdagangan Motor yang telah tamat tempoh, pada Selasa. 
 
Menurut kenyataan, hasil pemeriksaan turut mendapati kenderaan tidak memiliki perlindungan insurans dan menggunakan kenderaan tidak berdaftar.
 
“Anggota penguatkuasa telah mengeluarkan Notis Saman P22 dan Notis Sita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987 Akta 333 kepada pemandu bagi tujuan penahanan kenderaan untuk tindakan selanjutnya.
 
“Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan,” jelasnya.
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here