Lelaki cedera selepas paraglider yang dikendali terhempas

1105

Seorang lelaki cedera selepas peralatan sukan luncur udara, paraglider yang dikendalikannya terhempas di kawasan padang Kompleks Kastam Kangar, Jalan Kampung Pondok, Kangar, semalam.

paraglider

Dalam kejadian kira-kira pukul 7:10 malam itu, mangsa dikenali sebagai Shahrizal Daud cedera pada tangan kanan dan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk mendapatkan rawatan.



Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, mangsa berlepas dari pekarangan Stadium Utama Kangar sebelum terhempas di padang berhampiran Wisma Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

paraglider

Katanya, siasatan mendapati, paraglider yang merupakan milik individu lain berasal dari Kuala Lumpur itu dibawa ke sini untuk membuat demo penerbangan.

“Mangsa bersama ahli sebuah kelab penerbangan dikatakan mahu melakukan demo penerbangan bagi mempromosikan kelab mereka di negeri ini,” kata Wari Kiew.

paraglider

Ketika ditanya sama ada penerbangan tersebut perlu mendapat kebenaran polis atau tidak, beliau memberitahu, perkara tersebut adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Penerbangan Awam. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here