Utama Berita Automotif Ford F-150 (2026) tembus pasaran Eropah, harga dari RM352 ribu

Ford F-150 (2026) tembus pasaran Eropah, harga dari RM352 ribu

1

Sejak berdekad lamanya Ford F-150 menjadi ikon trak saiz penuh di Amerika Syarikat. 

Kini, peminatnya di benua Eropah berpeluang untuk mendapatkan Ford F-150 secara rasmi daripada Hedin US Motor yang bertindak sebagai pengimport dan pengedar trak tersebut. 

F-150 (2026) ditawarkan dalam beberapa varian, dengan varian asas XLT yang dijual bermula sekitar €76,500 (RM353 ribu). 

Ia dipacu enjin bentangan V8 Coyote 5.0 liter dengan kuasa 406 hp dan 556 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan dan sistem pacuan 4WD secara standard. 

Dengan keupayaan menunda sehingga 3,500 kg, F-150 mampu menarik trailer besar, bot serta pengangkut kerta tanpa masalah. 

Bahagian bed belakang pula menawarkan ruang yang lebih luas berbanding kebanyakan trak pikap di Eropah. 

Ruang kabin F-150 menampilkan kelengkapan seperti kluster digital, skrin infohibur besar dan mengekalkan banyak butang fizikal untuk larasan pendingin hawa, audio dan mod pemanduan. 

Selain itu, trak ini mendapat tempat duduk larasan kuasa dengan fungsi pemanas, sokongan Apple CarPlay & Android Auto, kamera keliling 360 darjah, sistem pemantauan titik buta dan bantuan pengekalan lorong. 

Model tahun 2026 turut menerima naik taraf seperti lampu LED baharu, sistem infotainmen yang dipertingkat, sambungan tambahan serta mod pemanduan untuk kegunaan jalan raya, tunda dan off-road ringan. 

Di Eropah, F-150 XLT mampu menjadi pilihan yang lebih masuk akal berbanding kebanyakan trak import spesifikasi AS yang rata-rata berharga lebih €80,000 (RM368 ribu). 

Selain varian XLT, pembeli juga boleh mendapatkan varian Lariat dan Raptor yang lebih berkuasa. 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here