Op Alkohol: 5 pemandu mabuk ditahan dalam sekatan jalan raya

1259

Dalam sekatan jalan raya yang dijalankan sekitar daerah Petaling Jaya awal pagi tadi, lima individu ditahan kerana didapati memandu dalam keadaan mabuk atau bawah pengaruh alkohol.

Operasi yang bermula pada jam 11 malam dan berakhir 3 pagi itu memeriksa 592 pengguna jalan raya.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lima lelaki berusia 23 hingga 39 tahun terbabit didapati gagal ujian saringan pernafasan ketika pemeriksaan dijalankan.

“Polis turut mengeluarkan 48 saman atas pelbagai kesalahan trafik dilakukan pengguna jalan raya.”

“Sejak Op Alkohol dijalankan, lebih 400 individu ditahan kerana melakukan kesalahan berkenaan.” 

mabuk

“Berdasarkan statistik, sejak operasi dijalankan mendapati berlaku penurunan berhubung kesalahan berkenaan,” katanya.

Kesemua pemandu mabuk yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here