Bomba terpaksa pecahkan tingkap BMW 5-Series kerana halang pili bomba

2712

Mengikut peraturan, seseorang pemandu kenderaan tidak seharusnya parkir kenderaan mereka di hadapan pili bomba. Majoriti masyarakat tahu tentang peraturan ini tetapi tidak ramai yang mematuhinya.

Seperti kisah yang berlaku di New York, dimana sebuah BMW 5-Series diparkir betul-betul di hadapan pili bomba. Kereta ini difahamkan telah diparkir selama empat hari, kerana kuncinya telah kehabisan bateri.



Pada suatu malam, satu kebakaran berlaku di kawasan berkenaan, dan memaksa anggota bomba memecahkan cermin BMW tersebut kerana pili bomba bersebelahannya paling dekat dengan lokasi kejadian.

Hos air disalurkan melalui tingkap kereta tersebut bagi memadamkan kebakaran.

pili bomba BMW

Selepas kejadian ini, pemilik BMW tampil bersuara dengan berkata, “Mereka merosakkan kereta saya dan saya perlu membelanjakan sejumlah wang.”

“Saya tertekan. Mereka tidak perlu melakukan itu. Sekarang, saya perlu membayar denda sebanyak USD180 (RM747) dan kos baik pulih kereta saya.” 

Kesimpulannya, parkir kenderaaan anda di tempat yang betul walau apa jua keadaan sekali pun. Parkir berdekatan dengan pili bomba bukan sahaja akan menyukarkan pihak bomba untuk bertindak balas, malah turut akan menyebabkan masalah lain jika pili bomba tidak dapat digunakan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here