Mengelak ditahan polis, Audi RS7 dipandu 300km/j hingga kemalangan

2859

Menjadi kebanggaan bagi seseorang jika berjaya membeli kereta idaman. Oleh itu, tidak hairanlah jika seseorang tidak sabar untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa dia dapat membeli apa yang dia mahukan.

Tetapi harus diingat, sifat teruja terhadap kereta baru perlu dikawal kerana jika tidak berhati-hati, anda mungkin menghadapi masalah.



Seperti kisah seorang lelaki yang berasal dari Maryland, Amerika Syarikat yang terlalu teruja dengan keupayaan kereta baru yang dimilikinya, sehingga menyebabkan kemalangan.

Audi RS7

Baru sahaja memiliki sebuah Audi RS7, dia memandu dengan kelajuan yang tinggi di lebuhraya Interstate 95. Lebuh raya ini mempunyai had laju 104km/j, tetapi lelaki ini memandu melebihi tahap kelajuan yang ditetapkan.

Melihat hal tersebut, pihak polis yang bertugas mengejar pemandu Audi RS7 berkenaan. Ketika dikejar, dia memecut sehingga kelajuan 300km/j.

Pada satu ketika, pihak polis berjaya mengejar dan mendekati pemandu Audi tersebut. Menyedari anggota polis semakin menghampirinya, pemandu Audi tersebut cuba mengelak dan melanggar semak pada kelajuan 100km/j.

Audi RS7

Bernasib baik, pemandu Audi tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan kemalangan ini tidak melibatkan pengguna lebuh raya yang lain.

Ketika ditanya mengapa dia bertindak sedemikian, pemandu Audi tersebut menyatakan dia dalam keadaan terburu-buru untuk ke Myrtle, bertujuan untuk mempamerkan kereta tersebut.

Dia kemudian menghadapi pelbagai tuduhan, termasuk melanggar had laju, gagal berhenti untuk pemeriksaan dan melarikan diri untuk mengelak ditahan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here