“Sedar sedar je dah langgar pokok”, Lelaki ini kongsi betapa bahayanya microsleep

1426

Microsleep adalah masalah tidur apabila individu terbabit mengalami keadaan di mana otaknya tidur tetapi sensori seperti mata, tangan dan kaki masih aktif.

microsleep

Keadaan tertidur seketika ini berlaku dalam tempoh singkat dengan jangkamasa antara satu hingga lima saat tetapi boleh menyebabkan kemalangan jika individu itu sedang mengendalikan jentera atau kenderaan.



 

Seperti kisah yang dikongsi Harris Fitri di Facebook, sebaik tersedar dia menyedari kereta miliknya sudah melanggar pokok.

Menceritakan dengan lebih lanjut, lelaki ini bergerak pulang ke hotel lebih kurang jam 2 pagi setelah seharian sibuk dengan urusan. Dia difahamkan mengalami microsleep apabila keretanya didapati melanggar sebatang pokok.

“Aku sedar sedar je dah langgar pokok. Badan rasa kebas. Tiba tiba ada pemuda Cina datang ketuk tingkap tanya aku ok atau tak.”

“Elok je aku buka pintu tiba tiba ada asap keluar berkepul keluar dari depan ‘hood’. Beberapa saat tiba tiba keluar api. Pemuda Cina ni tarik aku keluar bawa jauh dari kereta.”

“Telefon polis, bomba. Lepas 15 minit bomba datang. Kereta dah rentung. 15 minit je kereta aku dah rentung separuh. Berkecai hati tengok kereta depan mata hancur.”

“Ambulans datang bawa ke Hospital Melaka untuk checkup. Buat ujian alkohol. Buat pemeriksaan penuh. Nasib baik hanya soft tissue injury.”

“Apa yang penting aku selamat dah sampai rumah dari Melaka. Diselamatkan member datang kutip bawa balik ke Subang,” kata Harris.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here