Berniaga guna Lamborghini Aventador, jual tembikai je!

1345

Seorang penerbit muzik di Turki iaitu Seyed Yashar Tavakolia mendapat perhatian ramai dengan menjual tembikai di Piyalepasa Boulevard di Daerah Beyoglu di Istanbul.

Lamborghini Aventador

Apa yang menarik pada jualan tembikai ini adalah kenderaan yang digunakan, iaitu sebuah Lamborghini Aventador.



Bahagian hadapan Lamborghini Aventador tersebut dijadikan tempat dimana tembikai dipamerkan, yang berharga 5 lira (RM2.79) sekilogram.

Tapi sayang sekali, tindakan ini berakhir dengan Tavakolia didenda oleh polis Turki sekitar 1,231 lira (RM683) . Dia juga dilarang memandu selama 15 hari.

Alasan kenapa dia didenda hanya kerana menjual tembikai ialah kerana penggunaan supercar Itali tersebut tidak sesuai dengan kegunaannya.

Tindakan ini juga dianggap hanya untuk meningkatkan jumlah pengikut di media sosial dan ‘Lambomelon’ dianggap hanya alat untuk tujuan itu. Buat masa sekarang, Instagram Seyed Yashar Tavakolia mempunyai kira-kira 125,000 pengikut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here