Nissan GT-R R35 Final Edition bakal hadir pada 2022 dengan 710hp, terhad kepada 20 unit

2613

Dengan 370Z dan GT-R sekarang, Nissan mempunyai dua kereta sports paling ‘tua’ dalam pasaran hari ini. Model 370Z bakal diganti dengan Fairlady serba baharu tidak lama lagi, tetapi model Godzilla nampaknya lambat lagi.

Akan tetapi, laporan terbaharu dari majalah Jepun Best Car Web berkata kita tak akan dapat melihat pengganti GT-R sekurang-kurangnya sehingga 2023.



Untuk itu, GT-R R35 dilaporkan akan hadir sebagai Final Edition pada 2022 dengan 710hp. Pada masa itu, GT-R akan berusia 15 tahun dan hanya 20 unit akan dihasilkan.

Angka 710hp nampak seperti familiar? Jika ya, ini kerana model Final Edition itu akan menggunakan rangkaian kuasa yang sama dengan GT-R50 Italdesign yang turut menjana 780Nm tork.

Jika anda masih ingat, GT-R50 menggunakan enjin 3.8-liter V6 twin-turbo yang dinaiktaraf secara menyeluruh, dan kemudian ditala oleh Nismo dan mendapat pengecas turbo dari jentera perlumbaan GT3.

Enjin ini dibekalkan dengan intercooler lebih besar, penyuntik bahan api beraliran tinggi, dan kotak gear automatik dwi-klac 6-kelajuan yang dipertingkatkan.

Best Car Web juga berkata GT-R R35 Final Edition akan dijual pada harga kira-kira 40 juta yen (RM1.57 juta). Harga ini lebih mahal dari GT-R Nismo yang berada dalam pasaran sekarang, tetapi lebih murah dari GT-R50 Italdesign yang berharga melebihi RM4 juta.

Seperti ura-ura lain, berita ini juga masih belum boleh dipastikan sepenuhnya sehingga Nissan mengeluarkan kenyataan rasmi. Sementara itu, Automotive News mendakwa R36 mungkin hadir pada 2023.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here