Yamaha MT-25 dilancar secara rasmi di Malaysia, MT-15 turut buat kemunculan

2718

Hong Leong Yamaha Motor kini melancarkan model naked Yamaha bersesaran lebih kecil dengan model Yamaha MT-25 dan MT-15 bagi pasaran Malaysia.

Kehadiran keluarga MT itu memberi sedikit ruang bagi mereka yang mahukan motosikal dengan menampilkan imej naked.



Yamaha MT-25

Bagi model MT-25, ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Ice Fluo dan Yamaha Blue yang dijual pada RM21,500 tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran.

Naked itu menggunakan enjin 249cc yang menyalurkan 35.5hp pada 12,000rpm dengan tork mencecah 23.6Nm pada 10,000rpm.

Ia mempunyai transmisi enam kelajuan dengan mempunyai berat basah sehingga 169kg. Ia menggunakan kerangka jenis Diamond yang mana sistem suspensi hadapan menggunakan fork terbalik.

Jentera berkenaan menggunakan cakera brek bagi hadapan dan belakang.Rodanya pula dipadankan rim 17 inci yang dibaluti tayar 110/70R17 bahagian hadapan, manakala belakang bersaiz 140/70R17.

Bagi memberi jarak tunggangan lebih jauh, jentera itu didatangkan dengan tangki bahan api berkapasiti 14 liter.

Lebih menarik lagi, pelanggan terawal akan menerima rantai MT-25 First Edition yang dihasilkan oleh Royal Selangor.

Bagi membolehkan lebih ramai peminat memilikinya, anda boleh mendapatkan pinjaman daripada AEON Credit pada kadar faedah 6 peratus sahaja. Yamaha MT-25 ini akan mula berada di pengedar Yamaha 18 September ini.

Yamaha MT-15

Ia akan mula berada di pasaran November 2020 dan buat masa ini harganya masih lagi belum diumumkan.

Perbezaan model MT-15 itu dipadankan fork terbalik dengan kemasan emas dan berbeza MT-25 hadir warna hitam. Tangki bahan apinya lebih kecil dengan kapasiti 10 liter dan sedikit kecil berbanding MT-25.

Prestasinya, MT15 menggunakan enjin bersesaran 155cc  dan pada masa sama dilengkapi transmisi enam kelajuan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here