Covid-19: Syarikat tambang murah Tigerair umum penutupan selepas 13 tahun beroperasi

1205

Syarikat penerbangan tambang murah Australia, Tigerair mengumumkan penutupan rasmi kerana tekanan yang dihadapi syarikat disebabkan Covid-19.

Berdasarkan e-mel yang dihantar kepada pelanggannya, Tigerair mengesahkan penutupan dan bagi pelanggan yang telah membeli tiket, mereka dapat menukarnya menjadi kredit perjalanan untuk penerbangan kendalian syarikat induk, Virgin Australia.



“Tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah masa yang sukar buat semua terlibat dalam industri pengembaraan dan pelancongan,” kata kenyataan itu.

“Dukacita, setelah hampir 13 tahun beroperasi, satu keputusan sukar terpaksa kami ambil iaitu menamatkan perkhidmatan jenama Tigerair Australia.”

Tigerair

Tigerair memulakan penerbangan pertamanya di Australia pada 2007 dan membuat keuntungan sejak awal 2010 setelah menawarkan penerbangan tambang murah di laluan domestik yang popular.

Ia dimiliki sepenuhnya oleh Virgin Australia pada 2014.

Walaupun berjaya memperoleh kejayaan awal dalam operasi hampir 13 tahun, syarikat penerbangan ini dan syarikat induknya Virgin Australia telah terjejas teruk disebabkan pandemik Covid-19.

Tigerair

Kedua-dua syarikat terpaksa mengambil langkah melantik pentadbir untuk menyelamatkan syarikat menerusi penyusunan semula aset dan liabiliti.

Virgin Australia telah dibeli oleh firma Amerika Syarikat, Bain Capital menerusi perjanjian yang dijangka dimuktamadkan pada akhir Oktober.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here