Walaupun bukan anggota polis, lelaki di India ini kawal lalu lintas tanpa gaji selama 32 tahun

2041

Tugas mengawal lalu lintas biasanya dilakukan oleh anggota polis. Namun, seorang lelaki di India menjadi perhatian kerana kawal lalu lintas di persimpangan lampu isyarat di Seelampur, New Delhi walaupun dia bukan seorang anggota polis.

Dikenali sebagai Gangaram, 72, dia telah melakukan tugas ini sejak 32 tahun yang lalu dan memakai pakaian seragam seperti polis trafik. Tugasnya bermula dari pukul 9 pagi hingga 10 malam setiap hari.



Walaupun keadaan dunia yang kini diserang pandemik Covid-19 dan gesaan kerajaan supaya warga emas kekal berada di rumah, Gangaram tetap komited dengan tugasnya di persimpangan lampu isyarat di Seelampur.

Gangaram difahamkan sebelum ini mempunyai kedai membaiki TV di Seelampur, malah dia juga berpengalaman membaiki peralatan elektrik. Anak lelakinya membantunya menjalankan operasi di kedai.

Satu hari, kedainya didatangi seorang pegawai polis yang mahu membaiki sesuatu. Dia kemudian mengisi borang warden trafik dan sejak itu tiada apa yang menghalangnya untuk kawal lalu lintas.

kawal lalu lintas

Satu-satunya anak lelaki Gangaram menjadi mangsa kemalangan jalan raya di persimpangan lampu isyarat di Seelampur, dan isterinya pula meninggal dunia selepas kematian anak lelakinya.

Sejak kematian anak lelakinya, dia nekad untuk memberi khidmat dengan mengawal lalu lintas selagi masih hidup.

Apa yang dilakukannya itu bersebab, dia tidak mahu orang lain menimpa nasib yang sama seperti anaknya.

Di atas jasa itu juga, Gangaram menerima banyak pingat dan penghargaan daripada polis dan pertubuhan sosial setiap tahun.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here