Lelaki cedera disambar api kerana tidak matikan enjin kereta ketika isi minyak

2642

Seorang lelaki melecur selepas disambar api ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak berhampiran Jalan Besar Seri Kembangan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor, pasukannya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.11 malam.



Sejurus tiba, anggota penyelamat mendapati kereta jenis Audi terbakar 10 peratus di bahagian pintu belakang dan permukaan bahagian hadapan pam di stesen minyak itu turut terbakar 30 peratus.

matikan enjin kereta

Sewaktu kejadian, mangsa berusia 31 tahun itu terkena sambaran api di bahagian muka, tangan dan kaki selepas difahamkan tidak matikan enjin sewaktu mengisi minyak kereta.

Mangsa yang melecur di bahagian tangan dan kaki difahamkan dihantar ke Hospital Serdang menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

matikan enjin kereta

“Komander operasi turut mengarahkan anggota membuat pemeriksaan di lokasi bagi memastikan api dipadamkan sepenuhnya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” kata Hafisham.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here