BMW 5-Series facelift 2021 akan diperkenalkan di Korea dengan rupa seperti 7-Series?

1498

BMW telah menyebarkan gambar teaser BMW 5 Series Facelift 2021 yang dilaporkan akan diperkenalkan pada 27 Mei. Model facelift ini juga akan diperkenalkan di Korea.

BMW 5 Series Facelift 2021

Dalam masa yang sama, BMW Seri 6 Gran Turismo facelift juga akan turut diperkenalkan di acara tersebut.



Gambar teaser BMW 5 Series Facelift 2021 telah dikongsi di Instagram BMW Korea dengan perubahan yang dilakukan pada bahagian hadapan.

Salah satu perubahan yang ketara pada model terbaru ini adalah lampu depan yang direka semula supaya kelihatan lebih ramping.

Selain itu, lampu belakang, bampar hadapan dan belakang juga turut direka semula. Bahagian gril juga akan diperbesarkan, tetapi ia masih kelihatan menarik berbanding dengan gril yang terdapat pada model BMW 4 Series.

View this post on Instagram

⠀ [THE 5 AND THE 6 WORLD PREMIERE] #월드프리미어 #이벤트 ⠀ 전세계 최초로 한국에서 공개되는 THE 5와 THE 6. ⠀ THE 5와 THE 6의 #월드_프리미어 에 여러분을 초대합니다. ⠀ BMW가 전할 새로운 리더십의 기준을 BMW 드라이빙 센터에서 직접 만나보세요. #NEW_THE5_THE6 ⠀ [참여 방법] THE 5와 THE 6 월드 프리미어에 대한 기대를 댓글에 남기고 행사에 함께 가고 싶은 친구 태그하기 ⠀ -모집 기간: 2020년 5월 18일(월) – 5월 21일(목) -당첨자 발표: 2020년 5월 25일(월), 게시물 댓글을 통해 발표 -이벤트 경품: THE 5 AND THE 6 WORLD PREMIERE 초대권(5명) -행사 일정: 2020년 5월 30일(토) -행사 장소: BMW 드라이빙 센터 ⠀ [유의 사항] *당첨자 외 동반인 1명까지 함께 참석 가능합니다. *방역을 위한 비 접촉 발열 체크 및 방문 고객 대상 마스크 확인이 진행 됩니다. *방역 전문 업체 제품을 통한 전 시승 차량 소독 및 데일리 행사 후 소낙스 방역이 실행될 예정입니다. *본 행사는 차량 주행이 포함되어 있으므로 운전 면허증 소지자만이 행사 참여가 가능합니다.

A post shared by BMW Korea (@bmw_korea) on

Menurut sumber, BMW akan menawarkan 530e Plug-in Hybrid dengan pakej M Sport pada jentera ini. Seperti model BMW 330e, jentera ini juga berkemungkinan akan disertakan dengan enjin 2.0-liter turbo 4-silinder dan sistem elektrik yang mampu menghasilkan sehingga 288hp dan 420Nm tork.

Khabar angin lain mengatakan bahawa varian ‘545e’ akan disertakan dengan enjin 3.0-liter turbo 6-silinder sebaris dan motor elektrik. Pada BMW 745e xDrive iPerformance, tetapan ini akan menghasilkan sehingga 389hp dan 600Nm tork.

Lakaran dari laman web Motor1.com

Pilihan enjin yang lain dijangka akan disediakan dari model semasa, termasuk enjin 2.0-liter turbo-four yang menghasilkan 248hp dan enjin petrol 3.0-liter turbo 6-silinder sebaris yang menghasilkan 335hp.

Menarik untuk kita tunggu, apakah BMW akan memberikan 5 Series facelift sedikit peningkatan kuasa. Semua model akan dilengkapi dengan transmisi automatik 8-kelajuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here