Bandar di AS ini bakal mendapat tempat khas untuk lumba haram

3236

Di saat orang ramai duduk di dalam rumah dan bersiap untuk tidur di waktu malam, jalan-jalan pun mulai lengang termasuklah di bandar besar.

Dan walaupun polis tetap meronda, jalanraya sekitar Atlanta, Georgia di Amerika Syarikat (AS) pula sibuk dan bingit. Penuh dengan bunyi burnout, donut, dan kereta dipandu melebihi had laju.



Ianya masalah yang telah menular beberapa minggu, dan walaupun saman telah dinaikkan untuk mengurangkan kelakuan itu, ianya tetap menjadi tidak terkawal. Ini membuatkan pihak berkuasa harus mencari jalan penyelesaian lebih bijak untuk mengekangnya.

Bloomberg Associates, sebuah konsultan majlis perbandaran yang dilantik telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Atlanta.

Misi mereka ialah untuk mencari jalan penyelesaian menghentikan lumba haram di bandar itu. Namun idea yang paling diambil-kira datang dari anak lelaki Datuk Bandar Keisha Lance Bottom yang berusia 18 tahun – iaitu dengan menyediakan tempat khas untuk aktiviti lumba haram itu.

“Bersama Bloomberg iaitu pihak yang kami hubungi untuk membantu kami menilai apa yang berlaku di bandar-bandar lain, cara yang kami sedang fikirkan ialah tempat khas untuk lumba haram,” kata Datuk Bandar Bottom.

Menurut The Drive, bandar-bandar lain turut mengambil-kira idea yang sama sebelum Coronavirus. Sebagai contoh, Detroit telah menyekat beberapa perhimpunan lumba haram pada awal Mac yang menyebabkan beberapa kemalangan dengan penonton, tetapi tiada kecederaan serius.

Apa pendapat anda? Adakah cara itu boleh berkesan jika dibuat di Malaysia? Asasnya, ia telah membuatkan lumba haram kurang menjadi kurang “thrill” dan bahaya, kerana elemen-elemen inilah yang buatkan pelumba haram melakukannya. Kerana ia merbahaya dan mungkin ditangkap pihak berkuasa.

Mungkin boleh sediakan jalan khas untuk berlumba, tapi bukan litar?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here