Bukan mencaci, tapi memang nama kereta ni Bodo

3203

Perkataan ‘bodo’ (singkatan untuk bodoh) bagi kita merupakan satu cacian dan merupakan perkataan yang tidak elok untuk dipanggil kepada seseorang. Tetapi dalam dunia automotif, perkataan Bodo merupakan nama kepada sebuah syarikat yang menghasilkan kereta elektrik.

kereta bodo

Kereta elektrik keluaran syarikat ini adalah jenis Low-Speed Electric Vehicle (LSVE).



Kereta elektrik jenis ini adalah subkategori kereta yang digerakkan oleh motor elektrik yang kecil yang cukup popular di China.

Bodo menggunakan motor elektrik 7.5kW yang menghasilkan sehingga 10hp dan hanya mampu mencapai kelajuan tertinggi pada 69km/j.

Jadi pemandu jentera ini dikatakan tidak perlu memiliki lesen untuk memandunya. Bodo juga mempunyai kapasiti penumpang yang sama dengan kereta biasa.

Bodo mempunyai kapasiti 4 orang di ruangan dalamnya yang sangat kecil. Menariknya, produk dari Bodo, iaitu model Chronus, dikatakan akan dipasarkan ke pasaran Eropah iaitu di pasaran Bulgaria, Malta dan Greece.

Itu membuktikan bahawa LSVE Bodo telah berjaya mematuhi peraturan Eropah yang ketat. Selain model itu, Bodo juga mempunyai beberapa jenis kereta elektrik yang lain, tetapi masih dalam kuantiti yang sedikit. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here