Pengeluaran Toyota GT86 berakhir di UK, generasi baharu bakal menyusul

1859

Pengeluaran selama sembilan tahun Toyota GT86 di United Kingdom telah berakhir. Sebanyak hampir 7,500 unit GT86 telah keluar dari kilang di sana.

Toyota GT86 2018

Dan tak perlu kita terlalu rindu dengan coupe sports ini kerana generasi baharu bakal menyusul.

“Sudah tentu, ini bukanlah pengakhiran kisahnya: nantikan untuk bab seterusnya,” kata Toyota dalam ucapan selamat tinggal kepada coupe sports itu.



Toyota GT86 2012

GT86 versi produksi mula membuat kemunculan pada Tokyo Motor Show 2011. Namanya mempunyai beberapa maksud.

Ia merujuk kepada Corolla AE86 yang menjadi lagenda dan ikon dalam siri manga Initial D. Silinder enjinnya juga mempunyai keluasan silinder dan strok bersaiz 86 milimeter.

Toyota agak berhati-hati agar tidak terlalu mendedahkan banyak perincian mengenai GT86 generasi kedua ini. Perkara paling mudah dilihat ialah pendaftaran identiti gaya pada bahagian bawah bampar depannya.

Berbanding dengan kembarnya Subaru BRZ, gril depan GT86 ini lebih besar dan mempunyai penggayaan lebih bulat.

Sama seperti GT86 dan BRZ generasi pertama, kedua-dua kenderaan ini serupa dari aspek mekanikal. Subaru BRZ baharu menggunakan enjin flat-four 2.4-liter yang menjana 228hp dan 249Nm tork.

Transmisi boleh dipilih sama ada manual atau automatik, kedua-duanya 6-kelajuan. Tetapi manual ialah transmisi yang betul untuk kereta sebegini, buat apa beli kereta sports tetapi malas tukar gear?

Suspensi pula adalah topang MacPherson di depan, dan double-wishbone di belakang. Bahagian casis dan subframe telah diperkukuhkan untuk mencapai tambahan ketegaran sebanyak 50 peratus.

Untuk Subaru, mereka mensasarkan BRZ supaya mempunyai berat sekitar 1,277kg iaitu 7.7kg lebih dari sebelumnya. Jadi angka ini sepatutnya tidak lari jauh untuk Toyota.

BRZ baharu akan dijual pada musim luruh tahun ini. Disebabkan kedua-dua kenderaan dibina dalam kilang yang sama, kita boleh jangkakan GT86 juga tiba dalam pasaran dalam masa yang sama.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here