Rider GrabFood baik hati tolong tukar tayar walaupun cuaca hujan

111

Sebut saja mengenai jalan berlubang pasti ramai sakit hati bukan? Selain memberi kesan terhadap rim, tayar sesebuah kenderaan juga berkemungkinan akan pecah. 

Hal seperti ini berlaku pada seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Alia Tasnim, dimana tayar keretanya pecah ketika melalui jalan yang berlubang.

Berdasarkan laman Facebook miliknya, Alia juga menyatakan dia bernasib baik kerana semasa kejadian dia memandu kereta bukannya menunggang motosikal.

Ketika ingin mengeluarkan tayar ganti dari but kereta, dia dihadiri oleh seorang rider GrabFood yang menawarkan diri untuk memberi pertolongan, walaupun dalam keadaan cuaca yang hujan.

Setelah selesai menukar tayar, Alya ada memberi sedikit wang sebagai tanda terima kasih kepada rider GrabFood tersebut, walaupun pada awalnya ditolak.

rider grabfood

Ketika ditanya Alya, rider tersebut menyatakan dia tidak membuat sebarang penghantaran pada malam tersebut berikutan cuaca hujan lebat.

“Mulia sungguh hati adik ni , semoga rezeki sentiasa milikmu. Walaupun tiada rezeki pada masa itu tetapi rezeki datang selepas dia tolong orang yang dalam kesusahan. Semoga selalu dipermudahkan segala urusan dik,” kata Alya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here