Penunggang motosikal menangi pampasan RM11 juta kerana lubang jalan raya

2075

Seorang penunggang motosikal di Amerika Syarikat iaitu Roger Gates, menunggang motosikal Victory cruiser miliknya dan tidak sempat mengelak beberapa lubang yang terdapat di jalan raya.

lubang jalan raya

Setelah itu, dia kemudiannya hilang kawalan dan melanggar sebuah van yang datang dari arah bertentangan. Ini menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar.



Kerana lubang pada jalan raya, Gates mengalami kecederaan yang serius, dimana banyak tulang rusuk yang patah, retakan tulang di beberapa bahagian termasuk tulang belakang, bahu, pergelangan tangan dan tulang tangan.

Tahap kecederaannya sangat teruk sehingga dia memerlukan pelbagai pembedahan dan proses pemulihan.

Akibat kecederaannya, Gates tidak dapat bekerja semula, dan berjaya mendapatkan bayaran dari segi kerugian pendapatan, perbelanjaan perubatan dan pampasan sekitar USD2.65 juta (RM11.2 juta).

Dilaporkan dari RideApart, jalan yang dilalui Gates semasa kemalangan tersebut telahpun dikenalpasti sebagai jalan yang berbahaya dan telah mendapat aduan tentang keadaan jalan sejak tahun 2014. Kemalangan ini berlaku pada tahun 2016, dengan jalan tersebut kali terakhir diselenggara pada tahun 2014.

Dilaporkan, sebagai tambahan kepada pampasan yang diterima oleh Gates, Passaic County, dimana tempat kemalangan ini berlaku, telah membayar sebanyak USD756,000 (RM3.19 juta) bil perubatannya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here