Lelaki di India ubah suai motosikal demi lindungi diri daripada Covid-19

1081

Umum mengetahui bahawa negara India kini sedang berdepan dengan gelombang kedua pandemik Covid-19 yang menyaksikan ratusan ribu kes baharu dilaporkan setiap hari dan kematian juga mencecah empat angka.

gambar hiasan

Setakat, 29 Mei 2021, India melaporkan sebanyak 173,790 kes baharu jangkitan Covid-19 di negara itu dalam tempoh 24 jam. Pun begitu, angka terbabit difahamkan adalah yang terendah semenjak 45 hari. Kes kematian baharu di negara itu pula mencecah 3,617.

Disebabkan penularan wabak yang menakutkan ini, ramai rakyat negara itu terutama sekali mereka yang tinggal di luar bandar tampil dengan pelbagai idea kreatif untuk melindungi diri daripada Covid-19.



ubah suai motosikal

Seorang lelaki dilaporkan telah mengambil langkah kreatif dengan melakukan ubah suai pada motosikal miliknya menjadi sebuah bubble bike, sebagai langkah untuk melindungi diri dan pelanggannya daripada virus maut itu.

Menerusi satu video yang dikongsikan di laman sosial Twitter, dapat dilihat lelaki terbabit telah menutupi sekeliling motosikalnya dengan plastik dan diperkukuh dengan rod besi.

Difahamkan, lelaki dalam video terbabit menawarkan perkhidmatan pengangkutan. Selain membaluti motosikalnya dengan plastik, dia juga menambah kerusi kecil di bahagian belakang motosikal itu untuk diduduki pelanggan, demi memastikan ada penjarakan sosial di antara mereka.

Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah meraih kira-kira 3.5k tontonan. Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial kagum dengan usaha lelaki terbabit untuk melindungi dirinya daripada Covid-19.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here