GP Itali: Fabio Quartararo muncul juara, pelumba Moto3 meninggal dunia

1382

Fabio Quartararo mendominasi Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello ketika pusingan perlumbaan itu dikejutkan dengan kematian pelumba Moto3, Jason Dupasquier beberapa jam sebelum bermulanya saingan.

Pendahulu kedudukan pelumba dari Perancis yang beraksi bersama Yamaha itu mendedikasikan kemenangannya kepada Dupasquier, 19, yang meninggal dunia di hospital selepas mengalami kecederaan parah.



Dupasquier yang beraksi pada musim kedua di Moto3, dilanggar oleh pelumba lain sebelum terseret di atas litar ketika sesi kelayakan semalam.

gp itali
Jason Dupasquier

Quartararo melintasi garisan penamat mengatasi juara bertahan, Joan Mir dari Suzuki di tempat kedua manakala pelumba Portugal, Miguel Oliveira melengkapkan podium ketiga.

Kematian Dupasquier adalah yang pertama sejak tragedi menimpa Luis Salom yang maut pada sesi latihan bebas Moto2 di GP Catalonia dekat Barcelona pada 2016.

gp itali

Dalam pada itu, pelumba negara, Hafizh Syahrin memanjatkan rasa syukur apabila berjaya menamatkan perlumbaan Moto2 GP Itali di kedudukan kesembilan.

Ia adalah pencapaian terbaik Hafizh bersama pasukannya NTS RW Racing GP selepas berjaya meraih satu mata ketika perlumbaan GP Le Mans.

Kejayaan itu nyata memberi khabar gembira buat semua peminat sukan permotoran di negara ini yang menyaksikan perlumbaan itu dengan penuh debaran.

Bermula dari petak ke-20, Hafizh berjaya memintas satu demi satu pelumba dan kedudukan terbaik pelumba negara itu adalah di posisi kelapan sebelum dipotong pada saat akhir untuk berpuas hati dengan penamat kesembilan.

Ruangan komen di laman sosial pelumba negara itu dipenuhi dengan ucapan tahniah atas kejayaannya meraih tujuh mata berharga.

Hafizh sebelum ini mengakui bahawa dia semakin serasi dengan jentera baru NTS dan membuktikannya di sirkit Mugello.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here