Ferrari 812 Superfast pecut melebihi 330km/j di lebuh raya Autobahn [+video]

147

Seorang pemandu dari saluran YouTube AutoTopNL baru-baru ini ‘melenjan’ sebuah Ferrari 812 Superfast hingga mencapai kelajuan 331km/j di lebuh raya Autobahn, Jerman.

ferrari 812 superfast 331km/j

Untuk makluman, 812 Superfast dikuasakan oleh enjin V12 6.5-liter naturally-aspirated, yang mampu menghasilkan sehingga 789hp dan 718Nm tork. Enjin ini digabungkan dengan transmisi automatik 7-kelajuan yang menghantar kuasa ke tayar belakang.

Walaupun ada versi lebih berkuasa iaitu 812 Competizione yang lebih baharu, ini bukan bermakna 812 Superfast tidak laju.

Menerusi video, pemandu dari YouTube AutoTpopNL melakukan ujian pecutan rolling acceleration dari 100km/j ke 200km/j.

Video tersebut bagaimanapun tidak menunjukkan berapa cepat Ferrari itu melakukan rolling acceleration itu, tetapi ada menunjukkan supercar itu dipecut mencapai 331km/j.

Bukan sahaja ia mencecah 331km/j, dapat dilihat juga Ferrari 812 ini sampai ke kelajuan itu dengan agak bersahaja, seperti boleh ditekan lagi.

Tidak hairanlah kerana 812 Superfast memang mempunyai kelajuan maksima 340km/j.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here