Utama Berita Automotif Selepas Jaguar, Range Rover pula ubah logo baharu

Selepas Jaguar, Range Rover pula ubah logo baharu

27

Jaguar cuba memposisikan semula jenama tersebut sebagai sesuatu yang unik dalam segmen pasaran kenderaan mewah dengan membawakan logo dan penjenamaan baharu.



Namun perkara itu dilihat mengundang kecaman yang hebat di alam maya.

Sebuah lagi jenama kenderaan mewah, Range Rover dilihat menggunakan pendekatan yang hampir serupa dengan membawakan logo baharu.

Menurut laporan Autocar, logo baharu itu secara asasnya merupakan gabungan dua huruf R yang ditindihkan atas satu sama lain – nampak macam huruf B yang agak pelik.

Selain logo baharu, Range Rover juga memperkenalkan simbol motif baharu yang boleh digunakan atas permukaan lain yang mengingatkan kita kepada trend yang wujud pada aksesori mewah seperti Louis Vuitton.

Usah risau kerana logo baharu itu tidak akan diletakkan di mana-mana kenderaan Range Rover sedia ada.

Selain Range Rover, BMW juga turut menggunakan kaedah yang sama lima tahun yang lalu di mana mereka menampilkan logo ikonik untuk tujuan penjenamaan selain yang digunakan atas kereta.

Bentley juga baru-baru ini memperlihatkan kemas kini logo baharu setelah sekian lama menggunakan logo sedia ada.

Berbalik semula kepada Range Rover, jenama mewah itu akan memperkenalkan model elektrik mercu pertama mereka pada tahun ini, dengan senarai menunggu kini melebihi 60,000 orang!

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here