Jaguar nombor pendaftaran Singapura guna batu bata dapatkan lebih petrol di Johor Bahru

97

Pemandu Jaguar dengan nombor pendaftaran Singapura dilihat menggunakan batu bata bagi menaikkan bahagian belakang keretanya ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak, Johor Bahru.

Aksi lelaki berkenaan dirakam lalu dikongsi dalam grup Facebook, lapor Sin Chew dan Oriental Daily.



Tindakkan lelaki tersebut meletakkan batu bata pada tayar belakang sebelah kanan  sebelum mengisi minyak difahamkan bagi mendapatkan lebih banyak bahan api.

Aksi itu disaksikan dan dirakam pemandu kenderaan di belakang Jaguar itu.

Warga maya mempersendakan kelakuan lelaki itu menggelarnya sebagai murahan dan memalukan.

Ada juga yang memerli pengguna itu selain menggunakan batu bata, lelaki itu sepatutnya “memberi CPR” kepada Jaguarnya.

HARGA PETROL JAUH LEBIH MURAH DI MALAYSIA

Harga petrol di Malaysia jauh lebih murah berbanding Singapura. Bahan api RON95 di Malaysia berharga RM2.05 bersamaan dengan 58 sen dolar Singapura, lebih tiga kali ganda lebih murah.

RON95 merupakan bahan api yang mendapat subsidi kerajaan dan dikhaskan untuk rakyat Malaysia.

Kenderaan asing hanya dibenarkan menggunakan RON97 berharga RM3.47. Bahkan dengan nilai tersebut masih lagi murah apabila ditukar kepada dolar Singapura hanya 99 sen seliter.  

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here