Chery Exeed E08 bakal debut di Pameran Auto Beijing

198

Chery mendedahkan imej MPV, Exeed E08 menjelang debut di Pameran Auto Beijing (2024).

Exeed merupakan jenama premium yang diperkenalkan pengeluar Chery pada September 2017.



MPV itu merupakan kereta pertama yang dibangunkan bersama pasukan reka bentuk Exeed Eropah dan Shanghai berdasarkan bahasa rekaan Wind Aesthetics 2.0 Exeed.

Walaupun bentuknya seakan berkotak, ia agak kemas yang menggabungkan ciri pengurangan seretan seperti kamera pandangan sisi.

Hiasan gril depan diilhamkan oleh candelier dan gugusan lampu depan mirip huruf F.

Pintu belakang agak besar yang memudahkan akses secara langsung pada kerusi barisan ketiga dan dipadankan kluster lampu bentuk boomerang serta lampu tambahan mengelilingi cermin belakang.

Bahagian sisi Exeed E08 didatangkan dengan garisan tingkap lurus yang kemudian dipadankan dengan rim aero besar.

Menerusi rekaan tersebut, MPV tersebut bakal bersaing dengan Li Mega and XPeng X9. 

E08 berkemungkinan akan menyertai ES dan ET bagi versi kenderaan elektrik (EV). Ini bermakna E08 berkemungkinan akan menggunakan platform elektrik E0X mewah Chery.

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here