Gagal bayar bulanan, influencer diarah pulangkan Range Rover Sport SVR

4487

Gagal melunaskan bayaran bulanan Range Rover Sport SVR V8, usahawan dan influencer, Nor Farahiyah Kamal Bharin diminta memulangkan SUV mewah tersebut kepada CTG Capital Sdn Bhd (CTG Capital). 

Kereta tersebut diberikan kemudahan pembiayaan pada 2019 namun pemilik gagal melunaskan pembayaran untuk tempoh beberapa bulan.

Justeru itu, pihak CTG Capital menuntut kepada Mahkamah Sesyen dan Majistret Kuala Lumpur agar Nor Farahiyah selaku defendan dalam kes tersebut memulangkan SUV tersebut.

Defendan dalam permohonan kepada mahkamah meminta tempoh sebulan untuk memulangkan kenderaan tersebut dan dipersetujui CTG Capital.

Jom Baca:   Minat motor sejak bujang walaupun berniqab bukan penghalang ride Kawasaki Z800

Prosiding didengar di depan Hakim, Nur Syafiqah Noorinda membenarkan permohonan itu dan memberi tempoh 30 hari kepada defendan untuk memulangkan kenderaan.

Terdahulu, CTG Capital memfailkan permohonan kepada pihak mahkamah satu perintah pengambilan semula untuk memulangkan kenderaan tersebut pada September 2021. Bagaimanapun, perintah tersebut gagal dipatuhi oleh pihak defendan.

Untuk makluman harga sebuah Range Rover Sport SVR di wakil jualan recond boleh didapati pada harga serendah RM478,800 bagi model 2015. 

Sementara bagi model tahun 2018 boleh didapati pada harga sekitar RM 738,000 dengan anggaran bayaran bulanan RM 9,568. SUV mewah itu dijana oleh enjin 5.0 liter supercaj V8 yang mampu menghasilkan kuasa 575hp dan tork 680Nm.

Jom Baca:   Lelaki Nigeria ini ubah Venza jadi Rolls Royce Sweptail

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here