Indonesia dapat Honda ADV 160 baharu, tawar dua varian, harga bermula RM10K

2424

PT Astra Honda Motor (AHM) melancarkan ADV 160 baharu yang ditawarkan dengan dua varian iaitu ABS dan CBS untuk pasaran Indonesia.

 



Rekaan baharu

Honda ADV 160 baharu mempunyai rekaan urban explorer dengan bentuk belakang yang lebih lebar dan bahagian depan yang semakin tajam, selain ruang tempat letak kaki lebih luas.

Bahagian hadapan, boleh kelihatan lampu dengan LED dan lampu siang (DRL), di belakang pula, skuter itu dilengkapi lampu berhenti dan signal LED.

Bagi tambah unsur aerodinamiknya, ia kini dilengkapi penghadang angin hadapan yang boleh dilaras dua kedudukan.

Roda depan mempunyai cakera brek sebesar 240 mm, manakala 220 mm pada roda belakang. Saiz tayar pula, 110/80 R14 untuk depan, manakala 130/70 R13 bagi belakang.

Ia juga memiliki ruang penyimpanan sebesar 30 liter (tambah 2 liter) yang mampu memenuhi keperluan pengguna untuk menyimpan barang.

Enjin

Ia menggunakan enjin bersesaran 160cc dengan sistem cecair penyejuk, eSP+ dengan sistem PGM-FI. Ia mampu menyalurkan tenaga 15.82hp @ 8.500 rpm dan tork maksimum 14.7 Nm @ 6.500 rpm.

Tahap penggunaan bahan apinya boleh mencatatkan 45 km/seliter dan dikatakan mampu menempuh jarak hingga 364 km dalam sekali pengisian penuh bahan api.

Ciri lain

Honda ADV 160 dilengkapi ciri Honda Smart Key dan sistem penggera, selain dilengkapi pengecas USB. Selain itu ada pilihan fitur Anti-lock Braking System (ABS) dan Combi Brake System (CBS) dengan triple pot hydraulic. 

Bagi varian ABS, ia dilengkapi teknologi Honda Selectable Torque Control (HSTC).

Varian

New Honda ADV 160 hadir dalam dua varian, ABS yang dijual Rp 39.250 juta (RM11,564.96), manakala Rp 39.250 juta untuk CBS.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here