myTukar melaksanakan penjenamaan semula, tampil identiti korporat sama dengan syarikat induknya CARRO

483

Platform membeli dan menjual kereta terpakai, myTukar menyuntik nafas baharu dengan mengumumkan penjenamaan semula seiring dengan pertumbuhan pesat dan perkembangannya di Malaysia.

Selari dengan strategi myTukar untuk memacu pertumbuhan dan jualan, penjenamaan semula itu bertujuan mendekati dengan pengguna dan bersiap siaga untuk pengembangan seterusnya di seluruh negara. 



Ketua Pegawai Eksekutifnya Derrick Eng, berkata penjenamaan semula itu adalah komitmennya untuk menawarkan pelanggan satu pengalaman pembelian yang komprehensif, apabila mereka membeli kenderaan idaman mereka yang seterusnya.

“Kami yakin, dengan sokongan teknologi CARRO, kehadiran serantau dan pengalaman kami dalam pasaran Malaysia, kami akan dapat meneruskan prestasi pertumbuhan yang berkembang.

“Usaha berterusan kami dalam pameran auto fizikal di seluruh negara mencerminkan komitmen untuk memudahkan rakyat Malaysia menilai dan mengakses kereta terpakai yang berkualiti serta membuat keputusan pembelian yang bijak,” katanya.

Permintaan kereta terpakai lonjak 8 peratus

Berikutan orang ramai kini lebih yakin terhadap kereta terpakai, permintaan melonjak sebanyak 8 peratus pada suku pertama 2022. 

Justeru itu, bagi memenuhi peningkatan permintaan ini myTukar menganjurkan satu lagi pameran automotif di pusat pameran utamanya, myTukar Retail Experience Centre, Puchong South.

Pameran ini berlangsung selama tiga hari dari 1 hingga 3 Julai ini, dijangka akan menarik lebih 6,000 pengunjung yang berpeluang mendapat akses kepada lebih 1,000 kereta Pra-Milik yang disahkan myTukar.

Menikmati kadar faedah pinjaman serendah 1.88 peratus

Sepanjang pameran ini, pelanggan bakal memperoleh nilai tukar beli untuk kenderaan mereka dengan segera, menikmati kadar faedah pinjaman serendah 1.88 peratus serta mendapat kelulusan pinjaman dan serahan kereta pada hari yang sama.

Beberapa institusi perbankan yang menyertai pameran ini ialah Maybank, CIMB Bank, Public Bank, RHB Bank, Hong Leong Bank, dan Genie Financial Services, penyedia perkhidmatan kewangan myTukar. 

Untuk menjadikan proses pembelian lebih unik bagi pelanggan mereka, myTukar juga akan memperkenalkan kumpulan trak flatbed untuk menghantar kenderaan terus ke depan pintu rumah pelanggan, di mana sahaja mereka berada.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here