PHSAM kini pengedar rasmi Audi di Malaysia

693

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) dilantik sebagai selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Audi untuk pasaran tempatan.

Dimiliki sepenuhnya oleh pakar automotif Eropah, Porsche Holding Salzburg (PHS), PHSAM akan bertanggungjawab dari segi jualan, pemasaran dan selepas jualan kenderaan Audi di Malaysia.

PHSAM diketuai oleh dua orang Pengarah Urusan iaitu Erik Winter dan Kurt Leitner yang turut memegang jawatan sama di Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM).



Erik Winter (kiri) dan Kurt Leitner (kanan)

Kedua-duanya bertanggungjawab menaikkan jenama Volkswagen di sini, termasuklah mengembangkan model pemasangan tempatan (CKD).

Erik berkata, pihaknya komited untuk mengembangkan jenama Audi di Malaysia.

“Memandangkan ia mempunyai ramai peminat setia, maka potensi di pasaran ini memang bagus dan menfokuskanuntuk mengukuhkan rangkaian model SUV, S line, quattro dan model elektrifikasi,” katanya.

 

Rangkaian produk sedia ada termasuklah A5, A7, Q3, Q5, Q8 dan model berprestasi tinggi RS.

Proses pengurusan kini sudahpun berjalan dengan keutamaan diberikan ke atas aspek perkhidmatan selepas jualan dan menambah baik rangkaian pengedar sedia ada.

Kenderaan Audi yang dibeli bermula 1 Julai akan hadir bersama jaminan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun, serta penyelenggaraan percuma selama tiga tahun.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here