Pemilik ini modifikasi Honda City jadi trak pikap, siap tunda Isuzu D-Max

1562

Honda City merupakan kenderaan harian yang mudah diselenggara dan menawarkan ruang yang lapang bagi penumpang selain perbatuan terbaik. 

Sesuai dengan namanya sebagai sebuah kenderaan bandar, model sedan segmen-B itu merupakan produk terlaris di beberapa buah negara.



Namun, pemilik Honda City asal Thailand ini mengubahsuai peranan keretanya menjadi sebuah kenderaan 4×4 yang dinamakan BigCity Dawson.  Sukar untuk bayangkan bukan?, bahkan sedan itu juga mampu menunda sebuah Isuzu D-Max yang dikongsi pemilik menerusi akaun Facebook miliknya. 

Pemiliknya juga tidak menyangka video itu akan tular seluruh dunia yang menunjukkan dia cuba mengeluarkan trak pikap yang tersangkut di sebuah sungai.

Selain itu, kereta berkenaan juga popular dan sering dirakam pengguna lain apabila terserempak di jalan raya lalu dikongsi di TikTok.

“Saya tidak boleh memecut laju, tetapi saya boleh pergi ke mana-mana sahaja saya mahukan,” kata pemilik City 4×4 itu.

Berdasarkan perkongsian itu boleh dilihat bahagian depan City 4×4 itu dimodifikasi dengan hujung depan baharu termasuklah mengeluarkan bahagian bampar.

Kemudian pemilik meningkatkan ketinggian City yang membolehkannya mendaki di lereng yang curam. Selain itu, terdapat bar palang yang dipasangkan pada bahagian depan bagi melindungi fascia depan daripada batu.

Menariknya, gril masih kekal standard yang mengekalkan identiti Honda begitu juga lampu depan. Di bahagian sisi depan kenderaan terdapatnya snorkel yang boleh meningkatkan harungan kedalaman air. 

Di bahagian belakang, pemilik masih mengekalkan rekaan asli City dengan tambahan cangkuk tunda.  Selain itu, City berkenaan menerima tayar selepas pasaran yang lebih lebar berbanding stok off road standard.

Ini bagi menawarkan lebih banyak traksi. Daripada segi ketinggian anda boleh lihat City ini lebih tinggi berbanding 4×4 standard yang ada di pasaran. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here