Polis panggil pemandu Hilux potong garisan berkembar di Janda Baik

1440

Pihak polis memanggil pemandu Toyota Hilux 4×4 yang memotong di garisan berkembar semalam bagi memberikan keterangan.

Tindakan itu dilakukan susulan sebuah video tular yang menunjukkan seorang pemandu terpaksa berhenti secara mengejut bagi mengelak pertembungan selepas pemandu 4×4 itu memotong di garisan berkembar.



Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya sudah menjalankan siasatan awal terhadap pemandu berkenaan berkaitan insiden yang berlaku di Jalan Janda Baik, Bentong, Pahang.

“Kami telah menjalankan siasatan awal mengesan pemilik kenderaan pacuan empat roda dan memanggil untuk memberi keterangan.

“Jika didapati bersalah boleh dikenakan saman atas kesalahan memotong di kawasan garisan berkembar di bawah kaedah lalu lintas 167/59 iaitu Rule (12)(3)(A) yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau boleh dikenakan penjara tidak lebih enam bulan penjara,” katanya. 

Selain itu, Zaiham turut meminta individu yang melihat kejadian tersebut tampil memberikan maklumat. 

Semalam, sebuah video 48 saat yang dimuatnaik pemilik akaun Facebook Sheran Tahir menunjukkan perakam video terpaksa mengundurkan kenderaannya bagi memberi laluan kepada pemandu Hilux berkenaan bahkan dia turut berkongsi anaknya yang duduk di belakang terjatuh.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here