[Video] Bengang disaman, pemandu backhoe ini terbalikkan SUV JPJ

458

Tular sebuah video yang menunjukkan seorang pemandu jentera berat backhoe merosakkan kenderaan pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Sabah yang menunjukkan pemandu backhoe itu bertindak di luar kawalan dengan menterbalikkan SUV milik JPJ. 

Menurut keterangan Facebook Dashcam Owners Malaysia, kejadian berlaku apabila sepasukan pegawai JPJ melakukan operasi rondaan di jalan Kepayan Magatang di Kampung Ambual, Keningau, Sabah.

Pasukan yang diketuai oleh Ridhwan Radhi, Mohd Kamal Hafiz dan Suhailin Padiman itu kemudian menemui sebuah backhoe dalam keadaan mencurigakan.

Jom Baca:   Penghantar makanan berdepan detik cemas nyaris terjunam jalan berlubang

Pemandu backhoe itu ditahan dan mendapati tidak mempunyai lesen memandu kelas F. Tidak berpuas hati disaman, pemandu berkenaan merosakkan lalu menterbalikkan SUV JPJ yang diparkir berhampiran.

Semua anggota JPJ yang berada di lokasi sempat menyelamatkan diri dan menghubungi pihak polis. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here