Utama Berita Automotif XPeng GX bawakan imej SUV mewah yang sangat dikenali ramai

XPeng GX bawakan imej SUV mewah yang sangat dikenali ramai

3

Dari segi teknologi, sememangnya pengeluar China sudah jauh melangkah ke depan mengalahkan kebanyakan pengeluar automotif konvensional. 

Namun, satu tabiat lama yang sukar untuk ditinggalkan ialah kecenderungan untuk mengambil inspirasi secara berlebihan daripada jenama terkenal.

Contoh yang paling terbaru ialah Xpeng GX yang dilihat menyerupai sebuah Range Rover

Berdasarkan imej rasmi yang dibekalkan, persamaan rekaan tersebut boleh dilihat pada elemen seperti garis tingkap yang lurus, tiang hitam, bumbung terapung, serta perkadaran badan keseluruhan. 

Cuma, Xpeng mengubah beberapa bahagian seperti sirip sisi, lampu utama LED yang lebih ringkas dan lampu belakang melintang penuh, tidak seperti lampu menegak pada Range Rover.

Rekaan pemegang pintu pula masih lagi menggunakan rekaan pop-out kerana ia direka sebelum peraturan baharu diperkenalkan.  

Tiada sebarang gambar ruang kabin diberikan, namun Xpeng mengesahkan GX bakal menawarkan konfigurasi enam tempat duduk dengan setiap baris yang boleh direbahkan dan ruang kargo yang besar. 

GX dibina atas platform baharu SEPA 3.0, lengkap dengan steer-by-wire dan stereng roda belakang untuk meningkatkan kestabilan dan kebolehkendalian SUV besar.

Ia dijangka menggunakan rangkaian kuasa Kunpeng range-extender dengan seni bina 800V dan sokongan bateri 5C untuk pengecasan ultra pantas. Jarak perjalanan dijangka setanding dengan X9 EREV yang mampu mencecah 1,602 km.

XPeng GX dijangka debut di Beijing Auto Show 2026, bersaing dengan Li Auto L9, Aito M9, Zeekr 9X dan Nio ES8.

Harga belum rasmi, tetapi laporan China menjangka sekitar 400,000 yuan (RM227k+), iaitu kurang satu pertiga daripada harga Range Rover sebenar di China.

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here