BMW Titan – konsep R 1300 R yang agak agresif

24

Selepas beberapa bulan model baharu R 1300 R dilancarkan, sekumpulan pekerja BMW Motorrad memperlihatkan model konsep yang agak agresif dan futuristik yang digelar sebagai Titan.

Konsep Titan ini dibina berdasarkan model R 1300 R yang baharu, namun dengan angka kuasa kuda yang lebih tinggi dan tidak didedahkan buat masa ini.

Untuk info, BMW R 1300 R dikuasakan oleh enjin boxer dua silinder 1,300 cc yang mampu menghasilkan 143 hp pada 7,750 rpm dan daya kilas 149 Nm @ 6,500 rpm dalam keadaan standard.

Selain itu, konsep Titan ini menampilkan casis istimewa dengan lengan ayun yang dipanjangkan, transmisi yang telah diubah, serta sistem perpaipan titanium berkembar Akrapovic.

Sistem brek pula dibekalkan oleh Magura menerusi tetapan tuil HC3.

Akhir sekali, sebuah botol nitrous oksida diposisikan antara dua peredam titanium di bahagian belakang yang menyumbang kepada angka kuasa kuda yang lebih tinggi berbanding R 1300 R standard.

Disebabkan ia sebuah konsep, BMW Titan ini tidak menampilkan elemen praktikaliti dan keselesaan seperti pelana pembonceng dan mudguard.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here