Range Rover Evoque dipandu kanak-kanak berusia 12 tahun sejauh 160km

1134

Pihak Polis di New York dikejutkan dengan kes seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang memandu sebuah Range Rover Evoque milik ibu bapanya dan ‘menjelajah’ sejauh 160km.

Gambar hiasan.

Kanak-kanak tersebut ditemani sepupunya yang berusia 7 tahun di tempat duduk penumpang.

Menurut laporan pihak berkuasa New York, kanak-kanak tersebut difahamkan memandu SUV itu dari rumahnya di 115th Street di South Ozone Park, Queens, melintasi jambatan Verrazzano dan ke New Jersey sekitar jam 11 pagi pada 8 Disember.



range rover evoque

Setelah tiba di New Jersey, kanak-kanak tersebut bertindak meningkatkan kelajuan kenderaan yang dipandu setelah cuba ditahan oleh pihak berkuasa. Keputusan untuk tidak mengejar kanak-kanak tersebut terpaksa dibuat oleh pihak berkuasa, demi keselamatan mereka.

Pada jam 2:15 petang hari yang sama, kanak-kanak tersebut dikatakan menggunakan kad kredit bapanya untuk membeli biskut di tempat rehat sempadan Delaware. Tidak lama kemudian, mereka berjaya ditahan.

Kedua-dua kanak-kanak tersebut dibawa ke Jabatan Polis New York dan segera dibebaskan kepada keluarga masing-masing tanpa menghadapi sebarang tuduhan kesalahan.

Kanak-kanak tersebut dikatakan memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka menikmati perjalan tersebut dan ia ialah sebahagian daripada cabaran di media sosial untuk memandu kenderaan sehingga kehabisan petrol.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here