CEO Ferrari, Louis Camilleri umum persaraan

1132

Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Louis Camilleri telah mengumumkan persaraannya atas alasan peribadi setelah memegang jawatan tersebut selama hampir dua tahun setengah.

Louis Camilleri

Kekosongan jawatan ini akan diisi buat sementara waktu oleh pengerusi Ferrari, John Elkann.



Keputusan ini dibuat oleh Camilleri difahamkan berdasarkan masalah kesihatan yang dialaminya, dimana dia perlu dimasukkan ke hospital kerana Covid-19.

Camilleri kini sedang menjalani rawatan pemulihan di rumahnya dan menurut Ferrari, keputusan untuk bersara ini dibuat bukan berpunca dari masalah kesihatan tersebut.

Selain melepaskan jawatan di Ferrari, Camilleri juga turut bersara sebagai ketua eksekutif di syarikat penghasilan rokok, Philip Morris International (PMI).

Untuk makluman, Louis Camilleri dilantik untuk mengetuai Ferrari pada bulan Julai 2018 setelah kematian bekas CEO, Sergio Marchionne secara mengejut.

Louis Camilleri

Sepanjang perkhidmatan Camilleri, Ferrari muncul sebagai salah sebuah syarikat dengan saham berprestasi baik dalam sektor automotif. Ini kerana permintaan kereta berprestasi tinggi dari Ferrari masih tinggi walaupun keadaan dunia yang masih lagi dilanda pandemik Covid-19.

Di bawah kepemimpinan Camilleri, saham Ferrari yang disenaraikan di bursa Milan mencapai paras tertinggi sepanjang masa iaitu USD222.05 (RM899.64) pada bulan lepas.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here