Replika Ferrari 458 Italia ini asalnya sebuah Honda Accord!

4608

Melihat supercar seperti Ferrari di India bukanlah satu perkara biasa, lebih-lebih lagi dengan kenderaan import yang dikenakan cukai tinggi di sana.

Namun masih ramai yang berminat memiliki Ferrari atau Lamborghini tanpa membelanjakan terlalu banyak wang, jadi replika menjadi satu pilihan mudah.



Replika supercar di India kebanyakannya dibuat dengan cukup baik malah sukar untuk mencari beza dengan kereta asli.

Replika Ferrari 458 Italia oleh Executive Modcar Trendz (EMT) merupakan satu contoh yang sangat cantik.

Kereta ini sebenarnya diasaskan dari Honda Accord, bukanlah model terkini, sebaliknya model tahun 2007. Hasilnya memang langsung tiada rupa Accord.

Perincian dan penghalusannya juga cukup baik, jika anda belum pernah jumpa 458 Italia sebenar, anda pasti sangkakan ini kereta sebenar.

 

Di bahagian depan, ia dilengkapi lampu projektor dengan LED seperti 458 Italia, begitu juga bampar, bonet depan dan cermin.

Replika ini juga mendapat pintu frameless (tanpa bingkai), rim aloi aftermarket yang nampak begitu sporti, lengkap dengan logo Ferrari. Di fender belakang juga diberikan ruang kemasukan udara untuk melengkapkan gayanya, walapun ruang udara tidak berfungsi.

Kabinnya pula dibaluti kemasan kulit berwarna tanned (seperti warna krim/maroon) dan disulami kemasan hitam. Keseluruhan pepan pemuka sememangnya nampak premium, roda stereng juga dibaluti kulit sama.

Tapi sayang sekali, disebabkan ia asalnya sebuah Honda Accord, enjinnya masih di depan. Cuma untuk menambah rupa realistik, EMT telah memberikan sedikit ruang di belakang kabin untuk simpanan barang seperti kereta sebenar.

Walaupun replika, ‘Ferrari 458 Italia’ ini agak berkuasa, ia mendapat enjin 3.5-liter V6 iaitu enjin Accord yang pernah dijual di India. Enjin ini mempunyai sekitar 275hp dan 335Nm tork.

Replika Ferrari ini dijual pada harga 80,000 Rupee (RM44,050), dan proses ubah suai akan mengambil masa sekitar lima bulan. Harga Honda Accord V6 terpakai pula ialah sekitar 20,000 Rupee (RM11,012).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here