Covid-19: Ferrari bantu hasilkan injap respirator dan komponen topeng pelindung muka

1242

Syarikat pengeluar kenderaan dari Itali iaitu Ferrari, telah mulai menghasilkan potongan-potongan yang diperlukan untuk menukar topeng snorkeling yang dirancang akan direka untuk menjadi alat pernafasan yang dapat digunakan oleh pesakit yang diserang pandemik Covid-19.

Topeng snorkeling ini juga boleh digunakan oleh pekerja perubatan untuk mengelakkan mereka dijangkiti virus tersebut. Ferrari menghasilkan injap dan kelengkapan termoplastik di kilang di Maranello menggunakan “teknologi pembuatan aditif,” atau dikenali sebagai percetakan 3D.



Mares, syarikat pembuat topeng snorkeling turut bekerjasama dalam menghasilkan projek ini. Mereka membantu dari segi reka bentuk beberapa komponen untuk memastikan pemasangan yang tepat.

Beberapa kelengkapan lain yang dihasilkan oleh Ferrari dibekalkan kepada kumpulan pengeluar digital Itali, Solid Energy untuk mengubah topeng snorkeling yang dibuat oleh syarikat jualan barangan sukan, Decathlon menjadi pelindung bagi pekerja penjagaan kesihatan.

Ferrari covid-19

Chairman Ferrari, John Elkann mengatakan ia akan memberikan informasi kepada syarikat lain dari projek pemeriksaan sukarela yang dilancarkan Ferrari minggu lalu mengenai kesihatan pekerja dan kakitangan mereka. Ini bertujuan untuk membuka kembali dua tapak pengeluaran syarikat itu di utara Itali secara beransur-ansur.

Ferrari telah menghentikan operasi dua kilang tersebut hingga 3 Mei, ketika Rome dijangka akan mulai mengurangkan sekatan ke atas aktiviti perniagaan yang kurang penting di seluruh negara. 

Di samping itu, Elkann juga berkata, CEO Ferrari, Louis Camilleri, pengurus atasan dan anggota syarikat yang lain telah bersetuju untuk menerima potongan gaji untuk sepanjang tahun ini, dan menggunakan dana tersebut untuk membantu pihak berkuasa tempatan menghadapi penularan pandemik Covid-19.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here