Pemandu lori mahu elak SJR, habis jambatan runtuh

1427

Lima kampung terjejas gara-gara tindakan seorang pemandu lori memandu kenderaan berat itu menggunakan jambatan Kampung Nyor Kembar, di sini, sehingga runtuh ketika mahu mengelak daripada melalui sekatan jalan raya (SJR).

Menurut Harian Metro, dalam kejadian petang Isnin, pemandu lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai cuba mengelak SJR di Kampung Padang Melintang sebelum masuk ke laluan tikus menghala jambatan berkenaan.

Imej: Harian Metro

Lori terbabit yang membawa muatan batu dan pasir menyebabkan jambatan itu runtuh kerana terlebih ketinggian dan had muatan.



Penghulu Mukim Tanjung Jering, Mohamed Nasir Yusoff berkata, jambatan itu hanya boleh dilalui kenderaan berketinggian tidak lebih 2.5meter dan had muatan satu tan sahaja.

Katanya, pemandu lori itu dipercayai membawa lebih 10 tan muatan itu tetap cuba menyeberangi jambatan itu mengakibatkan jambatan berusia lebih 30 tahun yang menjadi laluan kepada Kampung Tanjung Jering, Tanjung Jenera, Pengkalan Stol, Sri Sentosa, Gong Mundu dan Nyor Kembar terputus hubungan dengan jalan besar.

“Selain itu, tiga kampung sama iaitu Tanjung Jering, Sri Sentosa dan Nyor Kembar turut terjejas apabila paip air bawah jambatan itu pecah kerana paip itulah bekalan utama air ke tiga kampung berkenaan.

“Ini menyebabkan 200 keluarga ketiadaan air sejak petang semalam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Mohamed Nasir berkata, jambatan itu adalah laluan utama penduduk untuk ke jalan besar atau ke Pasar Beris Kubur Besar atau Masjid Mukim Tanjung Jering.

Katanya, kerana tindakan tidak bertanggungjawab pemandu itu, penduduk terpaksa menggunakan laluan lain yang mengambil masa lebih 20 minit dan jauh untuk ke jalan besar berbanding hanya 10 minit melalui jambatan dengan jarak hanya 1.5 kilometer.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, tiada kecederaan dilaporkan dan pemandu lori itu selamat dalam insiden itu.

Katanya, siasatan awal mendapati, lesen serta semua dokumen perjalanan pemandu lori berkenaan adalah sah dan tidak melanggar apa-apa undang-undang selain dia tidak mempunyai rekod jenayah.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here