5 info ringkas Hyundai Kona lancar di Malaysia, harga mula RM156k

1779

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) secara rasmi memperkenalkan Hyundai Kona ke pasaran Malaysia. 

 

2 VARIAN

Pasaran tempatan menerima dua pilihan varian iaitu:

  • Hyundai Kona N Line:RM156,888
  • Hyundai Kona 1.6 Turbo: RM146,888

Terdapat lima pilihan warna badan ditawarkan dengan jaminan 5-tahun atau jarak perbatuan sejauh 300,000km. Tidak ketinggalan, pakej servis percuma selama 3-tahun atau 50,000km. 



ENJIN

SUV tersebut menggunakan enjin sama iaitu Smartstream G1.6 T-GDi, turbo empat silinder sebaris yang menghasilkan kuasa 198PS dan tork 265Nm.

Kuasa disalurkan ke roda menerusi kotak gear klac berkembar  7-kelajuan generasi kedua. Angka itu menjadikan Kona SUV segmen-B paling berkuasa di pasaran. 

LUARAN

Dari segi penampilan, Kona 1.6 Turbo berkongsi rekaan dalaman dan luaran dengan varian Kona 2.0 Active, kecuali rek bumbung dan warna badan dua tona yang eksklusif bagi 1.6 Turbo.

Antara ciri peralatan lain yang ditawarkan adalah lampu nyala siang (DRL) LED, gril tengah yang lebar, fascia bampar utama yang disambung terus ke arca roda serta grafik lampu belakang baharu. Penampilan itu kemudian dilengkapkan dengan rim 18-inci.

KABIN

Kona N Line didatangkan dengan pakej warna N Line hitam/suede pada kerusi upholsteri. Tidak ketinggalan jahitan benang merah, pedal keluli serta logo N pada tombol gear, stereng dan kerusi. 

Turut tersedia kluster digital bersaiz 10.25 inci yang sama seperti Kona 2.0, skrin infotainmen 8-inci, ketersambungan Apple CarPlay, Android Auto tanpa wayar, lampu ambien, serta kemasan aluminium pada unit pembesar suara dan corong pendingin hawa. 

CIRI KESELAMATAN

SUV itu dilengkapi sistem keselamatan aktif Hyundai Smartsense yang terdiri daripada:

  • Bantuan Elak Perlanggaran Titik Buta (BCA) dengan Bantuan Kemalangan Trafik Belakang  (RCCA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Lane Following Assist (LFA)
  • Kawalan Kruise Pintar dengan Stop and Go

Ciri bantuan keselamatan lain termasuklah Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCA), Amaran Perhatian Pemandu (DAW) dengan Leading Vehicle Departure Alert (LVDA), Amaran Penumpang Belakang (ROA), Safe Exit Warning (SEW) dan Bantuan Lampu Tinggi (HBA). 

 
GALERI
 
HYUNDAI KONA 1.6 TURBO
 

HYUNDAI KONA 1.6 N LINE

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here