Grand Prix F1 Australia dibatalkan untuk tahun kedua berturut-turut

837

Australian Grand Prix Corporation (AGPC) bersama dengan Victoria State Government dan Formula 1 baru-baru ini mengumumkan bahawa Grand Prix Australia Formula 1 2021 telah dibatalkan kerana sekatan dan cabaran logistik yang berkaitan dengan pandemik Covid-19.

Grand Prix Australia dibatalkan

Grand Prix Australia Formula 1 2021 sebenarnya telah dirancang untuk diadakan di litar Albert Park pada 18-21 November. Tiket untuk acara ini bahkan belum dijual.



Secara keseluruhan, Grand Prix Australia telah dibatalkan untuk tahun kedua berturut-turut. Pada tahun lepas, acara yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mac 2020 itu telah dibatalkan di saat-saat akhir berikut pandemik yang sedang melanda.

“Kami sangat kecewa kerana untuk tahun kedua berturut-turut, kedua-dua peminat MotoGP dan Formula 1 tidak akan dapat melihat pelumba dan pemandu terbaik dunia bersaing di Phillip Island dan litar Albert Park,” kata Pengerusi Grand Prix Corporation Australia, Paul Little AO.

AGPC difahamkan akan terus bekerjasama dengan Formula 1 dan Victoria State Government mengenai jadual Grand Prix Australia untuk Formula 1 2022.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here